MATA KREDIT SPLKPM 2020 MUSIM PKP

Musim PKP ini, cikgu-cikgu kebanyakannya bekerja dari rumah sahaja. Masing-masing memberi tugasan secara maya kepada murid-murid. Risau tau, walaupun nampak macam bertenang, risau tetap ada. Apa yang dipelajari, ingat ke tidak, lebih-lebih lagi bacaan iqra' dan alquran. Alahai, kalau di rumah memang tak baca, dan hanya harapkan cikgu di sekolah. Macam mana ya, cekgumanes hanya boleh berdoa sahaja supaya murid-murid ini tidak lupa untuk terus membaca iqra' dan alquran di rumah.


Selain menyediakan tugasan untuk murid-murid, masa cuti ini, cikgu-cikgu boleh mengisi masa terluang dengan menambah ilmu pengetahuan. Kami sebenarnya ada sistem untuk merekod tahap kualiti setiap guru. Bukanlah dipandang daripada banyaknya mata kredit mereka melalui sistem ini, namun, kita boleh menilai kesungguhan dan banyaknya tugas lain para guru selain daripada mengajar di dalam kelas.

Setiap aktiviti yang bermakna, direkodkan di dalam sistem ini. Setiap guru perlu mencapai 42 mata kredit dan 5 hari waktu belajar. Sistem akan bantu untuk kirakan jumlahnya, cekgumanes pun tak berapa mahir bab ini, sebab bahagian ini diurus selia oleh seorang guru yang bertindak sebagai penyelaras.

Yang menariknya, sistem ini bukan sahaja merekodkan aktiviti yang telah guru sertai semasa di sekolah mahupun di luar sekolah, tetapi juga melibatkan perekodan bacaan buku, penglibatan dalam webinar anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, pembelajaran kendiri bersama dua atau lebih orang guru dalam satu-satu masa, dan juga e-pembelajaran.

Maksudnya di sini, di musim PKP ini, pergerakan guru yang terbatas, menyebabkan jumlah mata kredit tidak berjaya dikumpul. Maka, guru-guru boleh lah sertai pembelajaran secara online yang dianjurkan oleh group-group seperti E-didik, Digital Classroom, pembelajaran kendiri dan juga membaca buku. Setiap penyertaan mempunyai nilai mata kredit yang tersendiri.



Walaupun diberi cuti, tetapi guru tetap bertugas meningkatkan kualiti pendidikan masing-masing di musim PKP ini.

Seperti dalam gambar rajah di bawah ini, isilah masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dalam bidang pengajaran dan pembelajaran juga sebagai penambah ilmu.

Comments

  1. Benar, dayang pun guna google form utk edar latihtubi untuk pelajar, alhamdulillah 60% mereka dapat laksanakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW BUKU: DIDIKLAH DARI HATI

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

PERSEDIAAN RAMADHAN TAHUN 2020