TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL
Suntikan insulin amat penting untuk pesakit diabetes. Suntikan ini adalah bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah. Namun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul agar mencapai tahap penyerapan insulin yang optimum di dalam badan.
MENYUNTIK DOS
Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.
Penggunaan jarum dibenarkan hanya sekali sahaja. Jika jarum digunakan berulang kali, kawasan suntikan akan menjadi keras dan menjejaskan kadar penyerapan insulin.
Ini adalah info untuk pesakit diabetes melakukan suntikan insulin. Ia sangat penting untuk melakukan suntikan dengan cara yang betul agar penyerapan insulin berjaya dilakukan.
PENYEDIAAN PEN
- Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam.
- Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu.
- Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna.
4. Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan.
5. Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit.
6. Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij insulin. Tekan butang dos sepenuhnya sehingga angka ‘0’. Titisan insulin sepatutnya kelihatan di hujung jarum. Jika tidak, ulangi langkah 4-6 sehingga titisan insulin kelihatan.
MEMILIH DOS
Dos mestilah mengikut saranan doktor.
Butang dos boleh dipusing ke depan atau ke belakang jika tersalah. Insulin hanya akan keluar jika butang ditekan.
Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.
Penggunaan jarum dibenarkan hanya sekali sahaja. Jika jarum digunakan berulang kali, kawasan suntikan akan menjadi keras dan menjejaskan kadar penyerapan insulin.
Ini adalah info untuk pesakit diabetes melakukan suntikan insulin. Ia sangat penting untuk melakukan suntikan dengan cara yang betul agar penyerapan insulin berjaya dilakukan.
Ooo ada cara pula kalo kita kena cucuk sendiri insulin ya, tq tipsnya sis
ReplyDelete