4 JENIS DIABETES YANG PERLU KITA KETAHUI
Haaaa...sampai berjenis-jenis pula diabetes ni kan?...Ok,ada empat jenis diabetes yang akan cekgumanes terangkan sebentar lagi.
1) Diabetes Mellitus Jenis Pertama (Type 1)
- DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja.
- Diabetes jenis 1 ini dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
- Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
- Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
2) Diabetes Mellitus Jenis Kedua (Type 2)
- DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.
- Diabetes jenis 2, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
- Dalam 85% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama
3) Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
- Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.
- Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian.
- Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.
- Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.
- Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
4) Diabetes bentuk lain
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diabetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.
*Sumber diperoleh dari laman web Kemnterian Kesihatan Malaysia
Bagi diabetes jenis 1, memang pesakit akan bergantung kepada insulin kerana kegagalan penghasilan insulin oleh tubuh badannya. Manakalah bagi diabetes jenis 2,3, dan 4, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mencegah penyakit diabetes tersebut.
Untuk jenis 2, pesakit yang telah didiagnos boleh mengawal cara pemakanan, bersenam dan dalam masa yang sama mengambil vitamin atau suplemen untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan.
Untuk jenis 3,bagi ibu hamil, persediaan 3 bulan sebelum kehamilan, ibu perlu menjaga dan mengawal pemakanan juga. Semasa kehamilan juga, ibu boleh mendapatkan makanan yang cukup dengan nutrisi untuk tumbesaran si comel.
Untuk jenis 4, berdasarkan latar belakang keluarga, maka ia sebenarnya boleh dikawal dari awal. Mungkin memang ada ahli keluarga yang sukakan minuman dan makanan yang manis, maka, apabila sudah tahu, boleh kurangkan pengambilan minuman atau makanan tersebut.
Comments
Post a Comment