6 MAKANAN TERBAIK UNTUK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Kali ini cekgumanes nak kongsi pula makanan yang boleh membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

1) PERIA KATAK



Sayuran ini mempunyai tiga zat aktif yang bersifat anti diabetes. Rasanya yang pahit boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Cara pengambilan:-

a) Hiris peria katak dan kemudian dikisar dengan air kosong.
b) Tapis hampasnya dan minum.

2) LIDAH BUAYA

Manfaat lidah buaya ini adalah untuk menurunkan paras gula dalam darah. Lendirnya pula boleh menyembuhkan luka diabetes yang sememangnya amat sukar untuk sembuh.

Cara pengambilan:-

a) Kupas kulit lidah buaya, buangkan durinya.
b) Rendam bersama air garam.
c) Rebuskan bersama air kosong.
d) Biarkan mendidih dan kemudian sejukkan.
e) Minum satu cawan sebanyak tiga kali sehari sehingga paras gula kembali ke paras normal.

3) KULIT KAYU MANIS

Rempah ini boleh meningkatkan paras glukosa dalam darah dan mengawal pengeluaran insulin dalam tubuh. Ia turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

4) KACANG BENDI

Sayuran ini juga boleh membantu pesakit diabetes untuk mengawal paras gula dalam darah.

Cara pengambilan:-

a) Bersihkan kacang bendi dengan membasuhnya terlebih dahulu.
b) Kerat bahagian tengahnya.
c) Masukkan ke dalam air panas dan rendam semalaman.
d) Minum pada keesokan paginya.

5) EPAL

Buah epal juga dikatakan mampu memberi tenaga dan mengurangkan paras gula dalam darah. Bolehlah cuba.

Walaupun banyak makanan dan buah-buahan yang boleh diambil untuk menurunkan paras gula dalam darah, perlu diingatkan korang perlu ambil dalam jumlah yang sesuai. Tidak terlalu berlebihan kerana ingin keputusan yang segera.

Selain itu, cekgumanes cadangkan cara yang paling selamat adalah pengambilan vitamin vivix. Ini kerana vivix ini telah dibuat kajian oleh para saintis shaklee. Jika korang ingin dapatkan vivix boleh klik link di bawah.

bit.ly/JOMSHAKLEE


Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

RESEPI ROTI PIZA GARDENIA SIMPLE DAN MUDAH