PERSEDIAAN RAMADHAN TAHUN 2020
Tinggal lagi sehari nak menyambut Ramadhan. Jumaat ini in sha Allah 24 April, kita bakal berpuasa. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan Karim.
Dek kerana musim virus covid19 ini, masing-masing akan menyambut puasa di tempat masing-masing sahaja.Bukan itu sahaja, solat Terawikh juga akan dilaksanakan di rumah sahaja untuk tahun ini. Sedih juga kan?Namun, apakan daya kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang Maha Perancang.
Ini semua demi kebaikan bersama. Untuk membantu frontliner kita yang bertungkus lumus membantu para pesakit untuk bebas daripada virus tersebut. Sama-sama kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita saat dan waktu ini.
Oleh itu, cekgumanes nak tanya juga, apakah persediaan Ramadhan korang kali ini?
Bagi yang bekerja, mungkin tidak bekerja kali ini, jadi berkemungkinan besar, jadual Ramadhan sedikit berbeza.Yang semestinya, sahur dn berbuka sudah semestinya di rumah sahaja. Mak-mak pasti sibuk di waktu sahur dan waktu ingin berbuka.
Di facebook, pasti akan banyak iklan-iklan juadah makanan dan minuman yang enak dijadikan sebagai pembuka selera.
Namun begitu, bagi para peniaga bazar Ramadhan yang saban tahun berniaga, kali ini, boleh lah berniaga dari rumah sahaja.Boleh lakukan servis penghantaran ke rumah-rumah untuk mendapatkan pembeli. Peniaga boleh iklankan menu makanan mahupun minuman yang ingin dijual. Pasti ada yang membuat tempahan. Diingatkan,sila jaga kebersihan walaupun berniaga dari rumah sahaja tahun ini ya.
Bagi cekgumanes sendiri, kami sekeluarga sudah bersedia dengan menu pantas tetapi mempunyai khasiat yang cukup untuk sekeluarga bersahur nanti. Nak tau ke apakah menu tersebut?
Ok, inilah menu tersebut, iaitu ESP dan buah kurma.Ataupun buah kurma digantikan dengan performance drink. Apakah khasiatnya?
ESP ini sudah semestinya membekalkan tenaga dan rasa kenyang sepanjang hari bagi mereka yang mengambilnya. Tak lah rasa lemau dan letih sepanjanga Ramadhan. Tak best juga kalau berpuasa, tapi letih je. Sepatutnya lagi banyak ibadah untuk kita lakukan. Kita semakin aktif bergerak. In sha Allah. Jom tonton video persediaan ESP dan Kurma ini.
Comments
Post a Comment