REVIEW BUKU: DIDIKLAH DARI HATI

Alhamdulillah setelah seminggu, selesailah cekgumanes membaca buku ini. Tak tebal tapi asal membaca je, mata start mengantuk tau. Dahsyat sungguh lah. Tuh yang jadi makin lama membacanya.



Buku ini hadiah pemberian si comel semasa hari lahir cekgumanes dua tahun lepas, malunya, mama baru nak baca sayang. Baru buka rebennya. Dan semestinya papa yang pilih buku tu, tapi papa suruh awak yang bagi kan. Hehe.

Seperti tajuknya, begituhlah isi yang telah pun cekgumanes gambarkan. Ofkos, menceritakan didikan anak-anak secara Islami. Buku ini dikarang oleh Pahrol Mohamad Juoi dan Rasidah Mustaffa. Menceritakan didikan anak-anak ini bermula daripada rumah. Bukannya di sekolah seperti yang ibu bapa masa kini sangkakan.

Tingkah laku anak-anak, keperibadian anak-anak adalah ikutan daripada ibu bapa. Ibu bapa kini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, kadang-kadang hampir terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Maka,ibu bapa perlu mencari masa dan ruang untuk anak-anak. Seperti pergi berjalan-jalan, berkelah, bercuti semasa hujung minggu atau cuti sekolah. Ataupun, ibu bapa duduk bersama anak-anak semasa mereka mengulang kaji pelajaran di rumah. Ini pun sudah cukup untuk membahagiakan mereka.

Tentang solat pula,anak lelaki perlu dibawa menunaikan solat di masjid sedari kecil, supaya mereka tahu kewajipan menunaikan solat dan merasa gembira dapat menunaikan solat secara berjemaah. Namun, perlulah diingatkan kepada mereka untuk menjaga tingkah laku semasa berada di masjid dengan tidak mengganggu jemaah lain menunaikan solat. Almaklumlah, ada juga individu yang tidak suka dengan anak-anak yang suka berlari ke sana ke mari. Bagi anak-anak perempuan, boleh lah solat berjemaah di rumah.

Mulakan solat sejak anak-anak masih kecil, walaupun bacaan mereka masih tidak betul, asalkan perlakuan solat boleh dituruti, pun sudah memadai. Ketika berusia tujuh tahun, wajibkan mereka untuk solat. Dan ketika berusia 10 tahun, jika masih tidak tahu menunaikan solat, boleh dikenakan rotan namun sekadar untuk mengajar sahaja. Bukan melepaskan geram.

Jika ibu ayah ingin belajar cara untuk mendidik anak-anak sedari kecil, boleh lah dapatkan buku ini. Fahami dan hayati maksud penulis. Cekgumanes juga suka dengan cara penyampaian penulis di dalam buku ini.

Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL