RESEPI ROTI PIZA GARDENIA SIMPLE DAN MUDAH




Assalammualaikum semua. Musim cuti sempena perintah berkurung ni, sajalah cekgumanes duduk di rumah, kita masak-masak. Simple jek. Tak ambil masa yang lama pun. Sebenarnya duk gigih juga buatkan roti piza ni sebab anak duk mintak piza. Nak ke bandar, memang tak lah. Hehe.

Ini resepinya okeyh.

Bahan-bahan:-
5 keping roti gardenia dipotong dua.
Daging ayam yang telah dicincang halus.
Bawang merah dipotong dadu.
Bawang putih dipotong dadu.
3 keping cheesdale.
Sosej.
Planta.

Cara memasak:-
1) Ambil satu sudu planta dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
2) Masukkan bawang merah dan bawang putih.
3) Masukkan ayam yang telah dibersihkan.
4) Gaulkan sehingga ayam kelihatan telah masak.
5) Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
6) Roti yang telah dipotong, dihias mengikut kreativiti masing-masing.
7) Sosej disusun beserta cheesedale.
8) Letakkan daging ayam yang telah dimasak tadi di atas roti.
9) Panaskan kuali tanpa minyak, letakkan roti yang telah dihias, dan tutup.
10) Dalam anggaran 2minit, cheesedale telah cair, buka penutup.
11) Letakkan sos cili.
12) Sedia untuk dihidang.

Di bawah ini, cekgumanes sediakan link video untuk korang tengok, cara buat roti piza menggunakan roti gardenia sahaja. Sungguh mudah.




Comments

  1. Wahhh sedapnya... Tapi sekarang ni susah pula nak dapat Gardenia... Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Asyik terliur resepi2 guna roti. tapi roti pun tak jmpa 🤣

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES