SENARAI AKTIVITI ANAK-ANAK SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020
Selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Malaysia petang tadi, mula lah kecoh di group whatsapp,apa nak buat ni? Cuti makin lama. Anak-anak mula kebosanan. Sebenarnya, ibu bapa boleh lakukan macam-macam aktiviti dengan anak-anak semasa musim PKP ini. Jom cekgumanes senaraikan yang boleh dijadikan panduan.
1) BELAJAR BERSAMA-SAMA
Lazimnya, musim PKP ini, cikgu-cikgu sekolah memang akan siapkan bahan untuk anak-anak mengulangkaji pembelajaran di rumah. Risau juga kan,lama tak masuk kelas, takut ada yang lupa.Ada sekolah menggunakan aplikasi zoom, ada juga yang menyediakan soalan menggunakan google form, google doc,google classroom dan sebagainya. Jika guru tidak berkesempatan, ibu bapa juga boleh mencari di facebook. Ada bahan-bahan yang dikongsi oleh guru-guru seluruh Malaysia.
2) MEMBACA ALQURAN SATU JUZU' SEHARI
Manfaatkan masa cuti ini untuk bersama-sama membaca alquran bersama ahli keluarga. Untuk anak-anak yang sudah pandai membaca alquran,boleh lah ibu bapa beri mereka beberapa muka surat untuk dibaca supaya satu keluarga boleh mencapai khatam satu juzu' sehari.
Manakala, bagi anak-anak kecil, boleh diajar mengenal iqra' atau muqaddam.
3) MEMASAK BERSAMA-SAMA
Ibu dan bapa boleh lah sama-sama memasak menu di dapur. Ajak anak-anak untuk turut serta supaya mereka tidak kekok berada di dapur apabila dewasa kelak.
4) BERMAIN PERMAINAN YANG MENJURUS KEPADA BAHAN ILMIAH
Ibu bapa boleh melakukan permainan seperti teka teki,teka silang kata (bahan boleh diperoleh di internet), melukis, mewarna, dan sebagainya. Hanya perlu cari bahan yang sesuai dengan peringkat usia anak-anak dan cetak. Jika mempunyai mesin pencetak di rumah. Jika tiada, mungkin ibu bapa boleh lukis sendiri atau olah kepada permainan melalui perkataan sahaja.
5) MENGEMAS RUMAH/DEKORASI BILIK
Didiklah anak-anak untuk suka dan gemarkan kekemasan dan kebersihan. Masa ini,ibu bapa boleh minta anak-anak untuk menyapu dan mengemas bilik setiap hari. Jika mempunyai halaman rumah, boleh lah lakukan aktiviti pembersihan kawasan halaman rumah. Selalunya, jika cuti hujung minggu, anak-anak mungkin akan menghadiri kelas tambahan, jadi, ibu bapa juga yang akan mengemas rumah. Sewaktu PKP ini, ibu bapa cuti, anak-anak juga turut bercuti. Maka, bolehlah dilakukan bersama-sama.
6) MEREKOD VIDEO SANTAI
Seronok juga bila ada masa bersama keluarga dan kita rekodkan. Kemudian, kita bina channel di youtube. Jika sesuai, kita boleh upload ke youtube. Untuk masa akan datang, kita masih boleh menonton video tersebut. Bermacam-macam jenis video boleh kita rekodkan, contohnya video memasak bersama keluarga, video aktiviti permainan, video mengemas rumah dan sebagainya.
Baiklah,ini adalah antara cadangan cekgumanes untuk korang lakukan bersama keluarga. Mungkin ada idea lain yang dikira bernas, boleh lah isikan di ruangan komen.

kanak-kanak memang seronok kalau bab rekod video ni kak. mak-mak boleh abadikan dekat fb sebagai kenangan manis
ReplyDeleteParents jadi kreatif bila musim PKP ni untuk anak2. macam2 perkara boleh buat. good sharing.. :)
ReplyDelete