TIPS JANA PENDAPATAN MUSIM PKP 2020

Sana sini ribut-ribut mahu menjana pendapatan sampingan di musim PKP ini. Yela, yang berniaga di kedai, kedai terpaksa ditutup. Ia suatu arahan pula, jika ingar, denda sudah pasti dikenakan. Tambahan pula, orang pun ramai yang tak berani untuk keluar dari rumah.

Mari cekgumanes listkan beberapa tips untuk jana pendapatan yang berbaloi semasa musim PKP ini.



1) MAKANAN/MINUMAN

Bagi mereka yang mempunyai kedai makan, dah tak boleh dibuka waktu PKP ini, korang boleh lah buat jualan dari rumah. Listkan menu yang korang nak buat untuk keesokan hari dan iklankan. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kemahiran memasak kek, kuih dan sebagainya. Iklankan di facebook, instagram, facebook story, whatsapp status dan sebagainya.

2) SERVIS RUNNER

Servis runner memang sangat diperlukan musim ini disebakan kawalan ketat pergerakan. Sukar untuk para ayah membeli barang dapur, sebab selalunya membeli bersama dengan si ibu. Kini, tak perlu risau lagi. Gunakan sahaja servis runner. Seperti biasa,mereka akan kenakan upah sebagai duit minyak.

3) FACE MASK

Penggunaan face mask di waktu ini amat diperlukan, harga juga melambung naik. Ini kerana, dikatakan pasaran di Malaysia sendiri sudah kehabisan stok. Jadi, para peniaga perlu mendapatkan stok dari luar negara. Nak cepat, mereka akan gunakan khidmat penerbangan, dah tentu kosnya agak mahal. Sebab tu harga sekotak face mask jika sebelum ini hanya lebih kurang RM50, kini kene dapatkan dengan harga ratusan ringgit. Buat pilihan dengan bijak. Juallah face mask, keuntungan juga segera dan perlu jujur semestinya.

4) HAND SANITIZER

Seperti face mask, penjualan hand sanitizer juga laku keras di musim ini. Semua rakyat Malaysia semakin prihatin menggunakan hand sanitizer ketika keluar dari rumah. Macam-macam jenama keluar di pasaran, walapun telah banyak iklan dipasarkan sebelum ini, tetapi seperti tidak diendahkan. Apabila menular virus covid19 ini, nampak masing-masing berusaha mendapatkan hand sanitizer. Penjualan hand sanitizer ini juga menguntungkan. Sediaka stok untuk COD.

5) VITAMIN/SUPLEMEN

Ini paling laku di musim PKP ini. Ramai yang teruja untuk melindungi diri daripada dalam. Mak, ayah, abang, kakak semua berebut untuk dapatkan vitamin waktu ini. Mak pula membeli untuk diri sendiri dan anak-anak yang remaja serta kecil. Masing-masing timbul kesedaran untuk menjaga kesihatan diri daripada dalam. Alhamdulillah.

Cekgumanes tidak ketinggalan menyediakan perisai vitamin ini untuk ahli keluarga tau. Jika dari segi luaran, kita dah sediakan perisai dengan menggunakan face mask dan hand sanitizer, dari dalaman pula kita berikan vitamin untuk tubuh badan. Vitamin yang cekgumanes ambil pula semestinya telah berada di pasaran selama 102 tahun dan sememangnya semulajadi dan selamat untuk buah pinggang.

Jadi, jika anda berminat untuk menjual vitamin bersama cekgumanes, terus saja klik link di bawah okeyh. Cekgumanes tunggu anda.

JUAL VITAMIN

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW BUKU: DIDIKLAH DARI HATI

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

PERSEDIAAN RAMADHAN TAHUN 2020