Posts

PERSEDIAAN RAMADHAN TAHUN 2020

Image
Tinggal lagi sehari nak menyambut Ramadhan. Jumaat ini in sha Allah 24 April, kita bakal berpuasa. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan Karim. Dek kerana musim virus covid19 ini, masing-masing akan menyambut puasa di tempat masing-masing sahaja.Bukan itu sahaja, solat Terawikh juga akan dilaksanakan di rumah sahaja untuk tahun ini. Sedih juga kan?Namun, apakan daya kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang Maha Perancang. Ini semua demi kebaikan bersama. Untuk membantu frontliner kita yang bertungkus lumus membantu para pesakit untuk bebas daripada virus tersebut. Sama-sama kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita saat dan waktu ini. Oleh itu, cekgumanes nak tanya juga, apakah persediaan Ramadhan korang kali ini? Bagi yang bekerja, mungkin tidak bekerja kali ini, jadi berkemungkinan besar, jadual Ramadhan sedikit berbeza.Yang semestinya, sahur dn berbuka sudah semestinya di r...

PENGEDAR SHAKLEE MUAR YANG AKTIF COD DAN POS

Image
Selamat berkenalan, cekgumanes ini merupakan pengedar Shaklee Muar tau. Sejak 2016 lagi. Sebelum tinggal di Kulai, jadi pengedar Shaklee Kulai dan Johor Bahru la. Kebetulan di JB, aada mertua. Jadi, memang boleh COD sampai ke JB sana. Alhamdulillah, semakin dikenali di daerah Muar sebagai pengedar Shaklee yang aktif. Aktif untuk COD dan juga pos seluruh Malaysia. Di Muar, bukan sahaja kawasan sebelum jambatan cekgumanes boleh COD, sampai seberang jambatan pun cekgumanes boleh hantar. Dulu kan, cekgumanes tak ada ready stock, selalu terlepas pembeli. Sadis juga rasa. Yelah, kita baru nak belajar berniaga kan. Hehehe. Sekarang? Mesti kena ada ready stock di rumah.Customer nak je, kita terus hantar. Alhamdulillah. Customer juga lebih percayakan kita. Semasa COD, kita kena lah jaga penampilan. Kita kan penjual vitamin. Sebab tu selalu COD lepas waktu sekolah. Senang juga sebab ada pakaian lengkap. Kadang-kadang encik suami lah tolong COD. Lagi senang nak mencari rumah customer sebab ...

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

Image
Suntikan insulin amat penting untuk pesakit diabetes. Suntikan ini adalah bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah. Namun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul agar mencapai tahap penyerapan insulin yang optimum di dalam badan. PENYEDIAAN PEN Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam. Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu. Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna. 4. Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan. 5. Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit. 6. Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij ins...

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

Image
Macam-macam senaman boleh dilakukan, namun adakah ia sesuai untuk pesakit diabetes? Senaman ini memang sangat membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah pesakit, tapi berpada-pada.Mari cekgumanes tunjukkan bagaimana pesakit diabetes ingin melakukan senaman. 1) SEBELUM BERSENAM - Mesti berbincang dengan doktor tentang senaman yang ingin dilakukan. - Jika mengambil insulin, uji paras gula dalam darah terlebih dahulu sebelum 30 minit sebelum bersenam. - Jika keputusan adalah seperti berikut:- *kurang daripada 5.6 mmol/L----->gula dalam darah terlalu rendah, ambil snek seperti buah-buahan terlebih dahulu * 5.6-13.9 mmol/L -----> ini adalah paras gula yang sesuai untuk melakukan senaman * lebih 13.9 mmol/L-----> menunjukkan tidak mendapat insulin yang cukup untuk mengawal gula dalam darah, jika masih melakukan senaman, bimbang akan mendatangkan perkara yang lebih serius kepada pesakit diabetes. - Periksa kaki sebelum dan selepas bersenam - Elakkan senaman ...

MATA KREDIT SPLKPM 2020 MUSIM PKP

Image
Musim PKP ini, cikgu-cikgu kebanyakannya bekerja dari rumah sahaja. Masing-masing memberi tugasan secara maya kepada murid-murid. Risau tau, walaupun nampak macam bertenang, risau tetap ada. Apa yang dipelajari, ingat ke tidak, lebih-lebih lagi bacaan iqra' dan alquran. Alahai, kalau di rumah memang tak baca, dan hanya harapkan cikgu di sekolah. Macam mana ya, cekgumanes hanya boleh berdoa sahaja supaya murid-murid ini tidak lupa untuk terus membaca iqra' dan alquran di rumah. Selain menyediakan tugasan untuk murid-murid, masa cuti ini, cikgu-cikgu boleh mengisi masa terluang dengan menambah ilmu pengetahuan. Kami sebenarnya ada sistem untuk merekod tahap kualiti setiap guru. Bukanlah dipandang daripada banyaknya mata kredit mereka melalui sistem ini, namun, kita boleh menilai kesungguhan dan banyaknya tugas lain para guru selain daripada mengajar di dalam kelas. Setiap aktiviti yang bermakna, direkodkan di dalam sistem ini. Setiap guru perlu mencapai 42 mata kredit dan ...

REVIEW BUKU: DIDIKLAH DARI HATI

Image
Alhamdulillah setelah seminggu, selesailah cekgumanes membaca buku ini. Tak tebal tapi asal membaca je, mata start mengantuk tau. Dahsyat sungguh lah. Tuh yang jadi makin lama membacanya. Buku ini hadiah pemberian si comel semasa hari lahir cekgumanes dua tahun lepas, malunya, mama baru nak baca sayang. Baru buka rebennya. Dan semestinya papa yang pilih buku tu, tapi papa suruh awak yang bagi kan. Hehe. Seperti tajuknya, begituhlah isi yang telah pun cekgumanes gambarkan. Ofkos, menceritakan didikan anak-anak secara Islami. Buku ini dikarang oleh Pahrol Mohamad Juoi dan Rasidah Mustaffa. Menceritakan didikan anak-anak ini bermula daripada rumah. Bukannya di sekolah seperti yang ibu bapa masa kini sangkakan. Tingkah laku anak-anak, keperibadian anak-anak adalah ikutan daripada ibu bapa. Ibu bapa kini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, kadang-kadang hampir terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Maka,ibu bapa perlu mencari masa dan ruang untuk anak-anak. Sepert...