Posts

Showing posts from April, 2020

AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, in sha Allah sampailah kita ke bulan Ramadhan tahun 1441 H ini. Dapatlah kita menyambut Ramadhan Al Mubarak bersama keluarga tersayang.

PERSEDIAAN RAMADHAN TAHUN 2020

Image
Tinggal lagi sehari nak menyambut Ramadhan. Jumaat ini in sha Allah 24 April, kita bakal berpuasa. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan Karim. Dek kerana musim virus covid19 ini, masing-masing akan menyambut puasa di tempat masing-masing sahaja.Bukan itu sahaja, solat Terawikh juga akan dilaksanakan di rumah sahaja untuk tahun ini. Sedih juga kan?Namun, apakan daya kita. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang Maha Perancang. Ini semua demi kebaikan bersama. Untuk membantu frontliner kita yang bertungkus lumus membantu para pesakit untuk bebas daripada virus tersebut. Sama-sama kita menjaga kesihatan dan keselamatan diri kita saat dan waktu ini. Oleh itu, cekgumanes nak tanya juga, apakah persediaan Ramadhan korang kali ini? Bagi yang bekerja, mungkin tidak bekerja kali ini, jadi berkemungkinan besar, jadual Ramadhan sedikit berbeza.Yang semestinya, sahur dn berbuka sudah semestinya di r...

PENGEDAR SHAKLEE MUAR YANG AKTIF COD DAN POS

Image
Selamat berkenalan, cekgumanes ini merupakan pengedar Shaklee Muar tau. Sejak 2016 lagi. Sebelum tinggal di Kulai, jadi pengedar Shaklee Kulai dan Johor Bahru la. Kebetulan di JB, aada mertua. Jadi, memang boleh COD sampai ke JB sana. Alhamdulillah, semakin dikenali di daerah Muar sebagai pengedar Shaklee yang aktif. Aktif untuk COD dan juga pos seluruh Malaysia. Di Muar, bukan sahaja kawasan sebelum jambatan cekgumanes boleh COD, sampai seberang jambatan pun cekgumanes boleh hantar. Dulu kan, cekgumanes tak ada ready stock, selalu terlepas pembeli. Sadis juga rasa. Yelah, kita baru nak belajar berniaga kan. Hehehe. Sekarang? Mesti kena ada ready stock di rumah.Customer nak je, kita terus hantar. Alhamdulillah. Customer juga lebih percayakan kita. Semasa COD, kita kena lah jaga penampilan. Kita kan penjual vitamin. Sebab tu selalu COD lepas waktu sekolah. Senang juga sebab ada pakaian lengkap. Kadang-kadang encik suami lah tolong COD. Lagi senang nak mencari rumah customer sebab ...

TEKNIK SUNTIKAN INSULIN YANG BETUL

Image
Suntikan insulin amat penting untuk pesakit diabetes. Suntikan ini adalah bertujuan untuk mengawal paras gula dalam darah. Namun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul agar mencapai tahap penyerapan insulin yang optimum di dalam badan. PENYEDIAAN PEN Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam. Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu. Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna. 4. Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan. 5. Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit. 6. Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij ins...

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

Image
Macam-macam senaman boleh dilakukan, namun adakah ia sesuai untuk pesakit diabetes? Senaman ini memang sangat membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah pesakit, tapi berpada-pada.Mari cekgumanes tunjukkan bagaimana pesakit diabetes ingin melakukan senaman. 1) SEBELUM BERSENAM - Mesti berbincang dengan doktor tentang senaman yang ingin dilakukan. - Jika mengambil insulin, uji paras gula dalam darah terlebih dahulu sebelum 30 minit sebelum bersenam. - Jika keputusan adalah seperti berikut:- *kurang daripada 5.6 mmol/L----->gula dalam darah terlalu rendah, ambil snek seperti buah-buahan terlebih dahulu * 5.6-13.9 mmol/L -----> ini adalah paras gula yang sesuai untuk melakukan senaman * lebih 13.9 mmol/L-----> menunjukkan tidak mendapat insulin yang cukup untuk mengawal gula dalam darah, jika masih melakukan senaman, bimbang akan mendatangkan perkara yang lebih serius kepada pesakit diabetes. - Periksa kaki sebelum dan selepas bersenam - Elakkan senaman ...

MATA KREDIT SPLKPM 2020 MUSIM PKP

Image
Musim PKP ini, cikgu-cikgu kebanyakannya bekerja dari rumah sahaja. Masing-masing memberi tugasan secara maya kepada murid-murid. Risau tau, walaupun nampak macam bertenang, risau tetap ada. Apa yang dipelajari, ingat ke tidak, lebih-lebih lagi bacaan iqra' dan alquran. Alahai, kalau di rumah memang tak baca, dan hanya harapkan cikgu di sekolah. Macam mana ya, cekgumanes hanya boleh berdoa sahaja supaya murid-murid ini tidak lupa untuk terus membaca iqra' dan alquran di rumah. Selain menyediakan tugasan untuk murid-murid, masa cuti ini, cikgu-cikgu boleh mengisi masa terluang dengan menambah ilmu pengetahuan. Kami sebenarnya ada sistem untuk merekod tahap kualiti setiap guru. Bukanlah dipandang daripada banyaknya mata kredit mereka melalui sistem ini, namun, kita boleh menilai kesungguhan dan banyaknya tugas lain para guru selain daripada mengajar di dalam kelas. Setiap aktiviti yang bermakna, direkodkan di dalam sistem ini. Setiap guru perlu mencapai 42 mata kredit dan ...

REVIEW BUKU: DIDIKLAH DARI HATI

Image
Alhamdulillah setelah seminggu, selesailah cekgumanes membaca buku ini. Tak tebal tapi asal membaca je, mata start mengantuk tau. Dahsyat sungguh lah. Tuh yang jadi makin lama membacanya. Buku ini hadiah pemberian si comel semasa hari lahir cekgumanes dua tahun lepas, malunya, mama baru nak baca sayang. Baru buka rebennya. Dan semestinya papa yang pilih buku tu, tapi papa suruh awak yang bagi kan. Hehe. Seperti tajuknya, begituhlah isi yang telah pun cekgumanes gambarkan. Ofkos, menceritakan didikan anak-anak secara Islami. Buku ini dikarang oleh Pahrol Mohamad Juoi dan Rasidah Mustaffa. Menceritakan didikan anak-anak ini bermula daripada rumah. Bukannya di sekolah seperti yang ibu bapa masa kini sangkakan. Tingkah laku anak-anak, keperibadian anak-anak adalah ikutan daripada ibu bapa. Ibu bapa kini yang terlalu sibuk dengan kerjaya, kadang-kadang hampir terlupa dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Maka,ibu bapa perlu mencari masa dan ruang untuk anak-anak. Sepert...

4 CARA VIVIX BANTU TURUNKAN PARAS GULA PESAKIT DIABETES

Image
Pesakit diabetes masih lagi berusaha untuk bebas daripada penyakit tersebut.Pelbagai cara digunakan untuk membantu mereka. Dengan mengamalkan vivix, pesakit diabetes boleh mengawal paras gula dalam darah. APAKAH TINDAKAN VIVIX? Di dalam vivix mengandungi polifenol yang akan membantu untuk pesakit diabetes dengan cara:- 1) Mengawal penyerapan glukosa 2) Meningkatkan kepekaan insulin 3) Merangsang rembesan insulin 4) Meningkatkan proses penguraian glukosa APAKAH POLIFENOL? Polifenol adalah warna yang terdapat pada sekumpulan buah-buahan dan tumbuhan yang akan berperanan untuk melindunginya daripada penyakit.  Anggur muscadine dan elderberry dikaji mempunyai kandungan polifenol paling tinggi dan ini terdapat dalam ramuan sebotol vivix.  Dalam tubuh manusia, polifenol bertindak untuk mengekalkan kesihatan, melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas termasuk mengawal paras glukosa dalam darah.  Pesakit diabetes, apabila d...

TIPS JANA PENDAPATAN MUSIM PKP 2020

Image
Sana sini ribut-ribut mahu menjana pendapatan sampingan di musim PKP ini. Yela, yang berniaga di kedai, kedai terpaksa ditutup. Ia suatu arahan pula, jika ingar, denda sudah pasti dikenakan. Tambahan pula, orang pun ramai yang tak berani untuk keluar dari rumah. Mari cekgumanes listkan beberapa tips untuk jana pendapatan yang berbaloi semasa musim PKP ini. 1) MAKANAN/MINUMAN Bagi mereka yang mempunyai kedai makan, dah tak boleh dibuka waktu PKP ini, korang boleh lah buat jualan dari rumah. Listkan menu yang korang nak buat untuk keesokan hari dan iklankan. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kemahiran memasak kek, kuih dan sebagainya. Iklankan di facebook, instagram, facebook story, whatsapp status dan sebagainya. 2) SERVIS RUNNER Servis runner memang sangat diperlukan musim ini disebakan kawalan ketat pergerakan. Sukar untuk para ayah membeli barang dapur, sebab selalunya membeli bersama dengan si ibu. Kini, tak perlu risau lagi. Gunakan sahaja servis runner. Seper...

4 JENIS DIABETES YANG PERLU KITA KETAHUI

Image
Haaaa...sampai berjenis-jenis pula diabetes ni kan?...Ok,ada empat jenis diabetes yang akan cekgumanes terangkan sebentar lagi. 1) Diabetes Mellitus Jenis Pertama (Type 1) DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis 1 ini dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. 2) Diabetes Mellitus Jenis Kedua (Type 2) DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis 2,  oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan ...

HADIAH ULANG TAHUN YANG MENGUJAKAN

Image
Pening juga memikir untuk hadiah ulang tahun ahli keluarga tersayang kan? Rasa macam-macam dh bagi, dah tak tahu nak bagi apa. Hehehe. Puas memikirkannya, terhasillah video ini. Video pertama ini untuk ibu mertua cekgumanes. Walaupun sudah mencecah angka 50 an,tapi belian aktif bermain facebook. Tahu isu-isu terkini. So, memang bertepatan lah cekgumanes hadiahkan video ini untuk beliau. Video kedua pula untuk adik ipar. Hari ini hari lahir beliau. Selalunya memang kami ada buat suprise untuk beliau. Kali ini, di musim PKP ini,tak dapatlah kami nak balik ke JB.Jadi,cekgumanes sediakan video sahaja untuk beliau. Semoga bergembira. Korang nak tahu tak dua video ini cekgumanes cuma buat menggunakan handphone sahaja tau. Nak guna laptop pun boleh, mungkin lebih menarik videonya. Cekgumanes gunakan aplikasi kine master dan inshot. Kena gunakan keduanya untuk hasil yang menarik. Alhamdulillah, asbab join bisnes shaklee, dapatlah kemahiran menyunting video.

KANDUNGAN VIVIX BANTU TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

Image
Jom cekgumanes terangkan apakah kandungan vivix yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah ini. 1) MUSCADINE GRAPE - Sejenis anggur liar yang sangat istimewa. Ia mempunyai sumber terbaik antioksida dan anti radang. Ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti baik untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan gula dalam darah, melambatkan proses penuaan, mencegah kanser serta sebagai anti virus dan anti bakteria. 2) PURPLE CARROT - Mempunyai sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical.Ia juga mengandungi anthocyanins (antioksidan mustajab) yang bertindak sebagai anti radang, anti mikrob dan anti karsinogen yang membantu menguranakn risiko penyakit jantung.Asid klorogenik di dalamnya bertanggungjawab mengurangkan diabetes. 3) ELDERBERRY - Mengandungi vitamin C yang tinggi dan sangat bermanfaat untuk jangkitan darpada virus dan bakteria.Ia mampu mencegah dan mengubati kanser, meningkatkan sisrem imusisasi tubuh badan, menurunkan kadar kole...

RESEPI KUIH CARA GULA SEDAP DAN ENAK

Image
Musim PKP ni, memang ramai mak-mak yang mula memasak di dapur. Dulu, mak bekerja kena tunggu hujung minggu kalau nak memasak kan? Ini cekgumanes lah, mak-mak lain mungkin masak hari-hari. Hehehehe. Kali ini, cekgumanes buat kuih cara gula, alaaa yang warna hijau tu. Sedap juga. Walaupun pertama kali buat. Dan paling penting menjadi. Teruja sangat. Ok, cekgumanes share resepinya. Bahan-bahan:- Daun pandan 2 cawan air 2 biji telur 3 cawan gandum Sedikit garam Gula secukupnya Cara Membuat Kuih Cara:- 1.Potong daun pandan dan blender dengan dua cawan air. 2. Masukkan telur dua biji, satu kotak santan, 3 cawan gandum,sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. 3. Blender sekali lagi dan tapiskan. 4.Panaskan acuan dengan api perlahan. 5. Sapukan minyak ke dalam acuan menggunakan tiga helai daun pandan yang siap diikat (nak bagi wangi) 6. Tuangkan bahan tadi menggunakan jug. Jangan sampai melimpah pula ya.Lepas tu isikan gula secukup rasa. Ini dah siap, banyak tau...

SENARAI AKTIVITI ANAK-ANAK SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2020

Image
Selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Malaysia petang tadi, mula lah kecoh di group whatsapp,apa nak buat ni? Cuti makin lama. Anak-anak mula kebosanan. Sebenarnya, ibu bapa boleh lakukan macam-macam aktiviti dengan anak-anak semasa musim PKP ini. Jom cekgumanes senaraikan yang boleh dijadikan panduan. 1) BELAJAR BERSAMA-SAMA Lazimnya, musim PKP ini, cikgu-cikgu sekolah memang akan siapkan bahan untuk anak-anak mengulangkaji pembelajaran di rumah. Risau juga kan,lama tak masuk kelas, takut ada yang lupa.Ada sekolah menggunakan aplikasi zoom , ada juga yang menyediakan soalan menggunakan google form, google doc,google classroom dan sebagainya. Jika guru tidak berkesempatan, ibu bapa juga boleh mencari di facebook . Ada bahan-bahan yang dikongsi oleh guru-guru seluruh Malaysia. 2) MEMBACA ALQURAN SATU JUZU' SEHARI Manfaatkan masa cuti ini untuk bersama-sama membaca alquran bersama ahli keluarga. Untuk anak-anak yang sudah pandai membaca alquran,boleh lah ibu bapa beri...

LANGKAH BERJAGA BUAT PESAKIT DIABETES: COVID19

Image
Hari ini, kes covid19 semakin meningkat di negara tercinta kita Malaysia. Kebanyakan yang mendapat virus ini adalah mereka yang sudah pun mendapat penyakit sebelum virus ini menular dengan hebatnya. Mengikut data yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan mengenai kes covid 19 ini, korang boleh lihat melalui jadual di bawah ya. Kedua-dua kes di atas memaparkan latar belakang mereka adalah pesakit diabetes. Mengapa pesakit diabetes ini berisiko? Kerana secara umumnya, mereka yang mempunyai penyakit ini mempunyai sistem imun yang rendah dan mudah terkena serangan penyakit. Namun, ia berlaku, jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengawal pemakanan, mengambil vitamin tambahan dan sebagainya. Maka, dengan ini cekgumanes menyeru kepada para sahabat sekalian yang mempunyai masalah kencing manis, ataupun ada ahli keluarga yang mengidap penyakit tersebut atau pun jiran tetangga dan juga sahabat-sahabat kenalan yang lain, yang sememangnya mempunyai masalah diabetes, dap...

PUNCA DIABETES YANG PERLU ANDA KETAHUI

Image
Punca diabetes perlu diteliti oleh semua individu supaya berhati-hati. Antara punca tersebut adalah seperti di bawah:- 1) Berat berlebihan atau kegemukan Lazimnya, isu berat badan berlebihan ini memang dikaitkan dengan masalah diabetes. Rata-rata pesakit diabetes memiliki saiz tubuh yang besar. 2) Pengambilan makanan/minuman yang mengandungi gula yang tinggi Minuman dalam tin,botol, kotak sememangnya diketahui mengandungi gula yang tinggi. Banyak artikel sudah pun memaparkan kandungan gula dalam setiap jenis minuman tersebut. 3) Tidak melakukan senaman Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari bagi melancarkan pengaliran darah dalam badan. 4) Keturunan Jika ada keturunan yang mempunyai masalah diabetes, kemungkinan besar ahli keluarga yang lain mempunyai risiko untuk masalah diabetes. 5) Tekanan kerja Apabila berlaku tekanan dalam bidang tugasan, ini boleh menyebabkan risiko diabetes kepada diri seseorang individu.

JALAN-JALAN ICITY SHAH ALAM 2019

Image
Tahun 2019, cekgumanes join program Hari Keluarga sekolah suami kat Melaka. Muhammad memang dok menyebut je nak main salji. Encik suami pula memang dah plan sesiap nak pergi terus lepas program sekolah dia tu. Tapi, cekgumanes tak bagi kata putus lagi. Nak pergi iCity ke tak. Lepas program kat Melaka,fikir punya fikir, oklah, kita ikutlah. Kita pergi jugak. Tapi tak larat lah nak balik Muar terus. Mesti nak rest kat hotel memana kan. Encik suami cakap, kita stay kat Senawang je nanti. Hotel murah sudahlah. Nak tidur dan rest sekejap. Ok, dari Melaka nak ke Shah Alam tu tak jauh mana lah, memang patut encik suami bersungguh sangat nak pergi kan. Tengok tiket dalam RM30, so kita ons lah. Sampai kat sana dalam jam 3 petang. Parking kereta,belikan topi bulu untuk Muhammad. Kite masuklah dalam iCity tu. Masa tu hujan rintik-rintik. Kompem sejuk beku nanti ni. Hahahaha. Kita pun beratur nak beli tiket. Sekali bayaran, ohh. mahal nau nau.Seorang RM60 untuk dewasa. Muhammad punya tiket R...